TAPAK ASAS BANGUNAN
bace la kalau x malu!!
Asas Pad
Asas pad biasanya digunakan sebagai kepada bangunan atau rumah kediaman yang tidak melebihi empat tingkat di atas tanah kukuh seperti tanah berbatu kelikir. Kebanyakan bangunan sedemikian berupa struktur kerangka yang bertiang. Beban yang ditanggung oleh tiang ini tidaklah besar kerana bangunannya rendah. Penggunaan asas pad sudah memadai.
Asas pad merupakan alas
tiang. Saiz asas pad bergantung kepada saiz beban yang ditanggungnya serta
keupayaan galas tanah. Bagi bangunan yang lebih tinggi dan lebih besar, asas
pad tidaklah sesuai. Untuk menanggung beban tinggi sudah tentu asas pad yang
sangat besar diperlukan dan perkara ini menyebabkan pembinaannya tidak
praktikal dan tidak ekonomi.
Biasanya dibina daripada
konkrit bertetulang. Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1: 2: 4
( simen : batu baur halus : batu baur kasar ). Tetulang keluli digunakan dalam
pembinaan asas pad untuk mengukuhkan asas serta mengurangkan ketebalan asas
tersebut. Jenis tetulang keluli yang biasa digunakan ialah tetulang keluli
tegangan tinggi.
KAEDAH KERJA ASAS PAD
- Penggalian
untuk pile cap / asas pad termasuk pemadatan tanah.
- Pemasangan
kotak acuan kepada ‘pile cap’ / asas pad.
- Pemasangan
tetulang kepada ‘pile cap’ / asas pad dan tiangnya.
- Kerja
konkrit kepada ‘pile cap’ / asas pad.
- Penanggalan
kotak acuan pada ‘pile cap’ / asas pad dan pemasangan kotak kepada
tiangnya (stump).
Asas Jalur
Asas jalur dibina daripada konkrit. Nisbah campuran konkrit yang
biasa digunakan ialah 1 : 2 : 4. Asas jalur boleh dibahagi kepada tiga jenis
iaitu:
- Asas jalur biasa
- Asas jalur lebar
- Asas jalur dalam
Jenis asas jalur dan kegunaannya
|
|
Jenis Asas Jalur
|
Kegunaan
|
Asas Jalur Biasa
|
Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas tinggi dan
tidak mengecut seperti tanah berbatu kelikir.
|
Asas Jalur Dalam
|
Digunakan pada tanah berkelodak atau tanah liat yang cenderung
mengembang dan mengecut mengikut kandungan lembapannya.
|
Asas Jalur Lebar
|
Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas rendah.
Contohnya tanah liat lembut dan tanah kampus atau tambak.
|
Asas Rakit
Asas rakit diperlukan di tanah yang berkeupayaan
galas tanah dan cenderung mengenap secara tidak sekata apabila dikenakan beban.
Jika asas pad atau asas jalur dibina, luas pad atau lebar jalur agak besar dan
hampir menutupi seluruh luas tapak bangunan. Tambahan pula, enapan yang tidak
sekata akan menyebabkan keretakan pada komponen- komponen bangunan. Oleh itu,
papak konkrit lebih sesuai dibina sebagai asas bangunan itu. Papak jenis ini
dinamakan asas rakit. Asas rakit boleh dibina dalam beberapa jenis, iaitu:
- Asas rakit papak padu
- Asas rakit rasuk dan papak
- Asas rakit bersel
JENIS
ASAS RAKIT
Jenis asas rakit
|
|
Jenis Asas Rakit
|
Kegunaan
|
Papak Padu
|
Sesuai digunakan bagi bangunan yang tidak
melebihi dua tingkat apabila beban yang dikenakan ke atas asas adalah rendah.
Oleh itu, papak yang tidak sampai 300 mm tebal sudah memadai.
|
Rasuk dan Papak
|
Sekiranya beban bangunan terlalu besar hingga
memerlukan ketebalan papak melebihi 300 mm, maka lebih sesuai jika asas rasuk
dan papak dibina.
|
Bersel
|
Sesuai digunakan pada tanah yang longgar atau
tanah yang cenderung mengenap secara tak sekata seperti tanah bekas tapak
lombong yang dikambus. Tebal keseluruhan asas yang dibina mungkin mencapai 1
m atau lebih. Asas lain tidaklah ekonomi.
|
Asas
Rakit Papak Padu
Asas rakit papak padu
dibina daripada konkrit pada keseluruhan tapak bangunan yang hendak didirikan.
Ketebalan papak bergantung kepada beban yang digalas dan kekuatan tanah di
tapak bina. Papak biasanya diperkukuhkan dengan tetulang pada kedua-dua hala.
Lebih banyak tetulang diperlukan di bawah tiang atau dinding yang menggalas
beban. Ketebalan maksimum papak ialah 300 mm. Papak yang lebih tebal adalah
tidak ekonomi untuk dibina.
Asas
Rakit Rasuk dan Papak
Asas
rakit rasuk dan papak diperlukan apabila asas rakit papak padu yang hendak
dibina mencapai ketebalan melebihi 300 mm. Papak konkrit bertetulang dibina di
atas tanah manakala rasuk dibina di atas papak tersebut pada kedudukan yang
tertentu.
Asas
Rakit Bersel
Asas
rakit bersel dibina pada tanah longgar dan cenderung mengenap dengan tak sekata
seperti tanah bekas lombong dan sebagainya. Dalam keadaan, papak yang dibina
mungkin mencapai ketebalan melebihi 1 meter. Oleh itu pembinaan asas rakit
jenis bersel adalah lebih baik.
Asas ini terdiri daripada
dua papak konkrit atas dan bawah. Rasuk- rasuk dibina di antara kedua-dua papak
dalam kedua-dua hala membentuk asas rakit bersel geronggang. Asas rakit bersel
mempunyai ketegaran yang tinggi dan lebih ekonomi berbanding dengan papak yang
sama tebal dan sama tegar.
Asas cerucuk digunakan
apabila beban bangunan terlalu besar atau lapisan tanah atas di tapak binaan
berkeupayaan galas rendah. Oleh itu beban bangunan terpaksa dipindahkan kepada
lapisan tanah kukuh yang terletak jauh di dalam tanah.
Asas cerucuk boleh dibahagi
kepada dua jenis, bergantung kepada cara beban dipindahkan dari bangunan ke
lapisan tanah
Cerucuk geseran bergantung
sepenuhnya pada geseran yang terjadi antara cerucuk dan tanah di
sekelilingnya. Oleh itu cerucuk geseran perlu mempunyai permukaan yang kasar
dan tanah pula daripada jenis yang bergeseran tinggi. Contohnya cerucuk konkrit
di dalam tanah pasir padat.
Cerucuk galas hujung pula
memindahkan beban bangunan terus kepada lapisan kukuh yang terdapat di dalam
tanah. Oleh itu, cerucuk jenis ini perlu ditanam atau dibina hingga ke lapisan
tanah kukuh dibawahnya.
Bahan yang selalu digunakan
sebagai cerucuk ialah konkrit, keluli dan kayu. Cerucuk boleh bertindak secara
bersendirian atau secara berkumpulan. Biasanya kumpulan cerucuk digunakan dan
tukup cerucuk dibina.
Nota kaki :
Kaki pon kaki la..ni nota ringas je..tp ni je yang dapat aku
kongsi..bace dulu,tgok betul ke x..byk lagi kerja-kerja asas ni..terima kasih la sebab tengok nota
ni..
No comments:
Post a Comment