Monday 13 October 2014

KERJA ASAS BANGUNAN

TAPAK ASAS BANGUNAN

bace la kalau x malu!!

Asas Pad


Asas pad biasanya digunakan sebagai kepada bangunan atau rumah kediaman yang tidak melebihi empat tingkat di atas tanah kukuh seperti tanah berbatu kelikir. Kebanyakan bangunan sedemikian berupa struktur kerangka yang bertiang. Beban yang ditanggung oleh tiang ini tidaklah besar kerana bangunannya rendah. Penggunaan asas pad sudah memadai.
Asas pad merupakan alas tiang. Saiz asas pad bergantung kepada saiz beban yang ditanggungnya serta keupayaan galas tanah. Bagi bangunan yang lebih tinggi dan lebih besar, asas pad tidaklah sesuai. Untuk menanggung beban tinggi sudah tentu asas pad yang sangat besar diperlukan dan perkara ini menyebabkan pembinaannya tidak praktikal dan tidak ekonomi.
Biasanya dibina daripada konkrit bertetulang. Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1: 2: 4 ( simen : batu baur halus : batu baur kasar ). Tetulang keluli digunakan dalam pembinaan asas pad untuk mengukuhkan asas serta mengurangkan ketebalan asas tersebut. Jenis tetulang keluli yang biasa digunakan ialah tetulang keluli tegangan tinggi.

KAEDAH KERJA ASAS PAD
  1. Penggalian untuk pile cap / asas pad termasuk pemadatan tanah.
  2. Pemasangan kotak acuan kepada ‘pile cap’ / asas pad.
  3. Pemasangan tetulang kepada ‘pile cap’ / asas pad dan tiangnya.
  4. Kerja konkrit kepada ‘pile cap’ / asas pad.
  5. Penanggalan kotak acuan pada ‘pile cap’ / asas pad dan pemasangan kotak kepada tiangnya (stump).


Asas Jalur


Terdapat bangunan yang tidak mempunyai tiang tetapi menggunakan dinding yang bertindak mengagihkan beban daripada komponen- komponen lain kepada asas bangunan. Oleh sebab dinding merupakan komponen yang panjang, maka asas yang dibina di bawah dinding ini dinamakan asas jalur.
Asas jalur dibina daripada konkrit. Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1 : 2 : 4. Asas jalur boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu:
  • Asas jalur biasa
  • Asas jalur lebar
  • Asas jalur dalam

















Jadual menunjukkan jenis asas jalur dan kegunaannya:
Jenis asas jalur dan kegunaannya
Jenis Asas Jalur
Kegunaan
Asas Jalur Biasa
Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas tinggi dan tidak mengecut seperti tanah berbatu kelikir.
Asas Jalur Dalam
Digunakan pada tanah berkelodak atau tanah liat yang cenderung mengembang dan mengecut mengikut kandungan lembapannya.
Asas Jalur Lebar
Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas rendah. Contohnya tanah liat lembut dan tanah kampus atau tambak.




















Asas Rakit











Asas rakit diperlukan di tanah yang berkeupayaan galas tanah dan cenderung mengenap secara tidak sekata apabila dikenakan beban. Jika asas pad atau asas jalur dibina, luas pad atau lebar jalur agak besar dan hampir menutupi seluruh luas tapak bangunan. Tambahan pula, enapan yang tidak sekata akan menyebabkan keretakan pada komponen- komponen bangunan. Oleh itu, papak konkrit lebih sesuai dibina sebagai asas bangunan itu. Papak jenis ini dinamakan asas rakit. Asas rakit boleh dibina dalam beberapa jenis, iaitu:
  • Asas rakit papak padu
  • Asas rakit rasuk dan papak
  • Asas rakit bersel


JENIS ASAS RAKIT
Jenis asas rakit
Jenis Asas Rakit
Kegunaan
Papak Padu
Sesuai digunakan bagi bangunan yang tidak melebihi dua tingkat apabila beban yang dikenakan ke atas asas adalah rendah. Oleh itu, papak yang tidak sampai 300 mm tebal sudah memadai.
Rasuk dan Papak
Sekiranya beban bangunan terlalu besar hingga memerlukan ketebalan papak melebihi 300 mm, maka lebih sesuai jika asas rasuk dan papak dibina.
Bersel
Sesuai digunakan pada tanah yang longgar atau tanah yang cenderung mengenap secara tak sekata seperti tanah bekas tapak lombong yang dikambus. Tebal keseluruhan asas yang dibina mungkin mencapai 1 m atau lebih. Asas lain tidaklah ekonomi.
Asas Rakit Papak Padu
Asas rakit papak padu dibina daripada konkrit pada keseluruhan tapak bangunan yang hendak didirikan. Ketebalan papak bergantung kepada beban yang digalas dan kekuatan tanah di tapak bina. Papak biasanya diperkukuhkan dengan tetulang pada kedua-dua hala. Lebih banyak tetulang diperlukan di bawah tiang atau dinding yang menggalas beban. Ketebalan maksimum papak ialah 300 mm. Papak yang lebih tebal adalah tidak ekonomi untuk dibina.
Asas Rakit Rasuk dan Papak
Asas rakit rasuk dan papak diperlukan apabila asas rakit papak padu yang hendak dibina mencapai ketebalan melebihi 300 mm. Papak konkrit bertetulang dibina di atas tanah manakala rasuk dibina di atas papak tersebut pada kedudukan yang tertentu.
Asas Rakit Bersel
Asas rakit bersel dibina pada tanah longgar dan cenderung mengenap dengan tak sekata seperti tanah bekas lombong dan sebagainya. Dalam keadaan, papak yang dibina mungkin mencapai ketebalan melebihi 1 meter. Oleh itu pembinaan asas rakit jenis bersel adalah lebih baik.
Asas ini terdiri daripada dua papak konkrit atas dan bawah. Rasuk- rasuk dibina di antara kedua-dua papak dalam kedua-dua hala membentuk asas rakit bersel geronggang. Asas rakit bersel mempunyai ketegaran yang tinggi dan lebih ekonomi berbanding dengan papak yang sama tebal dan sama tegar.
Asas cerucuk digunakan apabila beban bangunan terlalu besar atau lapisan tanah atas di tapak binaan berkeupayaan galas rendah. Oleh itu beban bangunan terpaksa dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh yang terletak jauh di dalam tanah.
Asas cerucuk boleh dibahagi kepada dua jenis, bergantung kepada cara beban dipindahkan dari bangunan ke lapisan tanah
Cerucuk geseran bergantung sepenuhnya pada geseran yang terjadi antara cerucuk dan tanah di sekelilingnya. Oleh itu cerucuk geseran perlu mempunyai permukaan yang kasar dan tanah pula daripada jenis yang bergeseran tinggi. Contohnya cerucuk konkrit di dalam tanah pasir padat.
Cerucuk galas hujung pula memindahkan beban bangunan terus kepada lapisan kukuh yang terdapat di dalam tanah. Oleh itu, cerucuk jenis ini perlu ditanam atau dibina hingga ke lapisan tanah kukuh dibawahnya.

Bahan yang selalu digunakan sebagai cerucuk ialah konkrit, keluli dan kayu. Cerucuk boleh bertindak secara bersendirian atau secara berkumpulan. Biasanya kumpulan cerucuk digunakan dan tukup cerucuk dibina.

Nota kaki :


Kaki pon kaki la..ni nota ringas je..tp ni je yang dapat aku kongsi..bace dulu,tgok betul ke x..byk lagi kerja-kerja asas ni..terima kasih la sebab tengok nota ni..

Contoh final report Latihan Industri


Nak contoh ke?



korang xtau lagi pedihnye nk buat report LI kalau korang x byk keje..kalau korang dapat duk office je blur laa nk buat.. pdih wooo..yang aku pasti,korang xkn mule buat report awal LI..mmg la kan sbb name pon Final Report..tapi aku k ingatkan laa,jangan buat last minute sbb leceh nak buat..akumalas cakap banyak la kn..korang tengok la contoh final ni..

nak ke?

Nah..download la ni...download la kalau x malu


bace kat atas tu !!jangan duk skip je..penat aku type..